PERUTUSAN KPPK

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita telah Berjaya membangunkan Laman Blog CPAB yang akan menjadi pusat perkongsian maklumat, ilmu dan komunikasi yang berkaitan dengan fungsi pejabat ini. Peranan bahagian ini tertumpu kepada pembangunan, perluasan dan tadbir urus bagi pengurusan asset kerajaan yang merupakan sebahagian daripada fungsi utama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB).

Pewujudan laman blog ini dilihat amat sesuai bagi memperkenalkan kepada orang ramai mengenai fungsi sebenar CPAB yang terdiri daripada penyatuan beberapa unit. Unit tersebut adalah CPAB Negeri, Korporat dan Pentadbiran. Di bawah Unit CPAB Negeri, ia lebih menjurus ke arah pengurusan projek dan memberi khidmat perundingan serta nasihat teknikal dalam bidang pengurusan aset kerajaan. Manakala, Unit Korporat pula berfungsi dalam menyelaras laman web JKR Selangor, melaksanakan perolehan aset ICT (Perkakasan & Perisian) serta menerima,merekod, dan  memantau aduan. Bagi Unit Pentadbiran, ia lebih tertumpu kepada pelaksanaan kerja-kerja pengurusan pentadbiran pejabat dari segi pengurusan sumber manusia (HRMIS, Cuti, Etacs, dll). Justeru, CPAB akan terus berusaha dalam mencapai penigkatan prestasi bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan pengguna diutamakan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucap setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf CPAB yang terlibat dan semua pihak yang telah memberi sumbangan yang tidak ternilai bagi menjayakan laman blog cpab ini. Semoga semua usaha yang kita laksanakan adalah ikhlas kerana Allah S.W.T serta dengan niat untuk mendapatkan keredhaanNya serta segala usaha murni tuan/puan akan membawa kepada kecemerlangan jabatan dan negara keseluruhannya.

Wassalamualaikum w.b.t

RABIAH BINTI AB AZIZ
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pengurusan Korporat
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (Negeri)
JKR Selangor Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment